25 Oktober 2012 (Khamis) bersamaan 9 Zulhijjah 1433H
Tarikh 9 Zulhijjah iaitu 25 Oktober 2012 (Khamis) dipanggil sebagai Hari Arafah kerana pada 9 Zulhijjah umat Islam yang menunaikan haji akan melakukan wukuf di Padang Arafah.
Keistimewaan Hari Arafah

Hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah, hari umat Islam yang mengerjakan haji melakukan wukuf di Arafah.
- Hari Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada satu hari dimana Allah Taala paling ramai membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah." (Sahih Muslim)
- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang datang kepadaKu.“.(HR Ahmad)
- Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.
Rasulullah saw. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Rasulullah saw.mengatakan, Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (HR Muslim)
Kami sekeluarga bertolak balik dari Kuala Terengganu ke Jerteh jam 3.30 petang..sehari sblm Hari Raya..
Trafik sepanjang perjalanan berjalan lancar jer..
26 Oktober 2012 (Jumaat) bersamaan 10 Zulhijjah 1433H
Menu di pagi Aidil Adha ...
Nasi Minyak, Rendang Ayam, Gulai Ayam (air tangan Che Ti) Ketupat dan Lemang (beli jer)...
Aku sekadar membantu apa2 yg ptt...
Kebetulan pula, pada pagi hari raya, Tok sedara my hubby meninggal...So my hubby dan biras2 lelaki membantu menggali kubur untuk kebumikan arwah slps Asar hari berkenaan cause menunggu ketibaan anak2nya yang tidak balik beraya.
Tengahari pula, kami dijamu makan di rumah My Mom daging goreng n ulam2..hasil daging korban yg disedekahkan pagi tadi...After makan, singgah jap umah Ayoh...
Dalam kul 4 ptg dh kena balik sbb my hubby nak bantu usung jenazah ke kubur...Semoga arwah tok sedara ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman...
So kat bawah ni, tempek ckit gambar2 yg sempat di snap...:)
Darwisy Ucuk Acam Mama
No comments:
Post a Comment